Thursday, May 21, 2009

Soft Cotton Cheese Cake

Namanya pun soft cotton, cheese cake ni less rich berbanding dengan densely creamy cheesecake. The texture is so soft and spongy. Tapi yang ini jenis yang makan tak puas, kena ulang-ulang selagi tak habis...additive gitu..resepi dapat kat internet, senang aje buatnya, cuba sekali dah jadi...Last couple of weeks is very stressful, so a slice of cotton cheesecake after work definitely helpful.

Resepi

Bahan
A- 250 g cream cheese
100 ml fresh milk
100 g butter
B- 100 g plain flour, sifted
20 g corn flour, sifted
60 g caster sugar
6 egg yolks
1 orange, zest and juice
C- 6 egg whites
1/2 tsp cream of tartar
60 g caster sugar
Cara
1) Masukkan semua bahan A dalam mangkuk besar, panaskan secara double boiler sehingga cheese dan butter cair. Kacau.
2) Alih daripada boiler dan biarkan sejuk
3) Bila A sejuk, masukkan bahan B. Kalau hingga sebati. Ketepikan
4) Pukul C sehingga pekat dan berkilat (masukkan gula sikit demi sedikit).
5) Kaup balik (fold) C kedalam campuran A dan B hingga sebati.
6) Bakar secara bourne marie dalam spring form tin selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.




Saturday, May 16, 2009

Kek Kawin


Tak pernah terlintas akan buat kek untuk orang kawin. Kek kawin mestilah istimewa dan cantik. Baru-baru ni Komuniti Melayu Dundee buat majlis kesyukuran sempena perkahwinan Hajar(dari Brunei) dengan Hassan (Malaysian), jadi me-volunteer-kan diri buat kek. Sebenarnya plan nak buat white kek and american frosting, tapi last minit tukar plan. Akhirnya jadilah soft cotton cheese cake sandwich with sponge cake, cover with marzipan dan royal icing, dihias dengan cream icing...jadi jugakla tema putih......


Last slice......





Wednesday, May 6, 2009

Kek Pisang and Chocolate Glazing



Oleh kerana tukang makan pisang balik Mesia, so pisang yang ditinggalkan masuk dalam oven la nampaknya.
Resepi
Bahan
2 1/4 cawan tepung
2 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
secubit garam
1/4 serbuk koko
3 telur saiz besar (or 4 telur kecil)
1 1/4 cawan gula
3/4 cawan butter, cairkan
1 tbsp vanilla esen
3/4 cawan sour cream
4 biji pisang ranum
1/2 cawan coklat masakan, cairkan, biarkan agak sejuk
Chocolat glazing
1 cawan heavy cream/double cream
1 1/2 cawan coklat masakan
Cara
1. Mix all dry ingredients
2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula, melted butter, vanilla sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati
3. Perlahankan mixer(slow speed), masukkan dry ingredients sedikit demi sedikit, selang seli dengan sour cream
4. masukkan chocolate yang telah dicairkan dan pisang yang telah dilenyek.
5. Bakar 55-60 darjah celcius selama 50-60 minit.
6. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum di sapukan glazing
Glazing
1. Panaskan heavy cream hingga hampir menggelegak
2. pour over chocolate. Stir until choc melt
3. Cover the top and side of the cake. Cool in fridge to set the glaze.