Monday, April 12, 2010

Puding Telur (Cream Caramel)




Puding telur atau Cream Caramel adalah very classic puding dan menjadi kegemaran ramai. Sangat tak susah membuatnya..

Resepi

1. Gula Hangus
-1/2 cawan gula
-2-3 sudu air

2. 4-5 biji telur
3. 1 tin susu cair
4. 2 sudu besar gula
5. 1 sudu kecil tepung jagung
6. sedikit esen vanila

Cara

1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan gula bertukar warna perang atau perang gelap.
2. Tuang gula hangus ke dalam acuan. Biarkan sejuk.
3. Masukkan telur, susu cair, gula, tepung jagung dan esen vanila ke dalam mangkuk besar.
4. Pukul hingga sebati dan sedikit kembang.
5. Tuang ke dalam acuan yang berisi gula hangus tadi.
6. Kukus selama 20-30 minit.
7. Angkat dan biarkan sejuk.
8. Terbalikkan ke pinggan yang lebih besar dari acuan (kalau boleh bekas yang dalam sedikit kerana gula hangus cair semasa dikukus)
8. Boleh di hidang terus atau simpan dalam peti sejuk jika sukakan puding yang sejuk.



Wednesday, March 24, 2010

Menyambut Menantu



Cheese Chocolate Gateau with Strawberry and rasberry



Pulut Semangat Pengantin

Friday, March 19, 2010

Dinosaur Azri, Racing console Luqman

Kedua-dua kek ini adalah untuk birthday Azri dan Luqman. Walaupun dua-duanya adalah kek coklat, tapi oleh kerana minat yang berbeza, design pun kena custom made.

Azri memang sangat suka dinosour, macam-macam jenis mainan dinosaur dia ada, tapi malangnya masa birthday tu dia tak sempat nak makan dinosaur kat atas kek, ada orang lain dah sapu dulu.

Luqman suka sangat main racing kat komputer games, so mudahnya buat bentuk console sebagai hiasan atas kek. Modelling credit to Amir and the geng, che piah buat kek jer.....







Puding Jagung

Puding jagung is a very classic dessert that I got from my mother...but it will never been straight forward for me as I always improvised to make it more interesting.

Saturday, March 6, 2010

BRI Cake Competition 2010

Yee...menang


-- Post From My iPhone

Puding Roti





Ini puding roti kegemaran Amirrudin, nk resepi kena tanya dia

-- Post From My iPhone

Tuesday, February 16, 2010

Stir FryTom Yum Meat Ball


Selalu sangat makan sup tomyam kadang-kadang boring jugak. Bila buat meat ball goreng dengan kiub tomyam sedap juga.

Resepi

Bahan Meat ball
250g daging kisar
1/2 labu bawang besar, cincang
Sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
-Campur semua bahan dan bulat-bulatkan bentuk bola

Bahan lain
Sayur campur
Button mushroom- belah 4
Serai-hiris
Cili padi
1-2 helai daun limau purut
Halia-hiris
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar-hiris
1 kiub tomyam

Cara
1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak
2. Goreng meat ball seketika (jangan sampai garing), angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak yang sama, tumis bawang besar hiris hingga layu.
4. Masukkan halia dan cili padi.
5. Masukkan semua jenis sos dan kiub tomyam
6. Masukkan semua sayuran dan daun limau purut. Kacau rata dan tutup periuk seketika (2-3 minit untuk melembutkan sayur)
7. Masukkan meat ball, gaul rata dam masak hingga agak kering.
8. Angkat dan hidang

Tip: Tak perlu bubuh garam atau gula