Saturday, January 3, 2009

Masak and me

I always cook, to begin with..no matter where or what kind of function... Kalau ada kenduri kendara pun selalunya end up kat dapur instead of buat bunga telur ke...kemas rumah ke...Masa mula-mula kawin, mertua buat kenduri kawin anak sedara (rasanya?)..mula-mula join geng bunga telur, tapi ntah cam mane end up kat bangsal belakang rumah tolong makcik-makcik buat pajeri nenas. Tak lama lepas tu (lama gak la, dah ada anak 3), masa kenduri kahwin adik ipar, mak mertua buat lawak mintak tolong masak lauk pengantin...gelabah jugak, tapi join venture dengan mak de, menjadi jugak akhirnya.

Masak di rumah dengan masak on the go (outdoor trips), is something different. Bila memasak kat 'field' ni, simplicity is the key. My first exprience was masa masuk ROTU, tapi yang tu very minimal sebab semuanya dah di pack. My really first experience was masa trip ke Taman Negara Pahang bersama-sama USM's Biology Student Society. Masa tu I was not assigned to the masak group, tapi sebab tak tahan tunggu lama, entah apa diaorang buat...kelaparan menunggu..

My truly experiences cook outdoor is during field trips while I worked with UMT marine biotech group. Masak kat pulau...very valuable experiences and because we were at the island, fresh resources aplenty.....

Muka Dapur (with Ina and Ika)

As the series of event masak-memasak continue, I picked up considerable good skill especially dalam masakan berlauk and couples of desserts, but my cakes are far from perfect, except for kek gula hangus and kek chocolate...but after we moved here in Scotland, cakes become my new obsession (not too obsessed), maybe because tak berapa confident nak beli kek kat kedai which always have elements of liquer in one way or another, tambah pulak kat sini banyak bahan yang sesuai untuk buat kek and dessert...


Restrictions, stresses and pleasure creates creativity. Restriction due to tak boleh nak beli jer..Stresses;...you name it... phd in medicine, kids, husband, peers, language, weather; Pleasure...some people says if God does not make food for both pleasure and necessity, human will die of eating (some do really die...).

KITCHEN RULES

  • If you empty it- FILL IT
  • If you dirty it- CLEAN IT
  • If you open it- CLOSE IT
  • If you spill it- WIPE IT UP
  • If you cook it- SHARE IT

Wednesday, December 24, 2008

Tiramisu

tiramisu buat sendiri...

Saya memang suka tiramisu. Dah banyak kali beli kat tesco (tak aware yang ada alkohol)..lepas dah tau tak halal, baru la terfikir nak buat sendiri. Setelah berbulan lamanya sponge finger bertapa dalam kabinet dapur, akhirnya cuba la juga. Bila cari-cari resepi kat internet, semua resepi ada tambah alkohol, berbagai-bagai...ada yang letak cognac, ada yang letak brandy, paling kurang pun letak rum.



So, dalam banyak-banyak resepi tu, adalah satu resepi yang mudah, dari uktv food. Oleh kerana tak sure nak ganti alkohol tu dengan apa, so just abaikan jer. Hasilnya not too bad (gambar), tapi kurang manis...dalam resepi asalnya ada tambah liquer, so mungkin manis dari situ la yang menambah kepada manis gula...so still not satisfied dengan resepi tu, jadi tak nak letak la dulu kat sini...appearance, rasanya dah ok...nampak cantik dah...


Majlis Hari Raya Haji

Sebenarnya hari raya haji dah dekat sebulan dah lepas, tapi oleh kerana masing-masing sibuk, maka nye majlis sambutannya diadakan pada ahad lepas. Tempatnya sama dengan majlis sambutan hari raya puasa hari tu, di Taymills Common Room (kat sini free).

Bab masak-memasak, kali ni tak kena in-charge bahagian jamuan, tapi masak gak la..rendang daging, rendang ayam (sebenarnya nak buat rendang daging jer, tapi tak cukup daging, kena buat ayam la separuh). Tak ketinggalan juga, dessert...Strawberry Cream Cake dan Chocolate cake. Strawberry cake ni memang jadi perhatian ramai, terutama kanak-kanak...dalam duk meeting, kek dah rongak, strawberry kena rompak.

Caught on camera. Patutla strawberry hilang, ni dia orang mengerjerkannyer..

Kek coklat kali buat yang simple aje, campak semua bahan dalam blender, masuk dalam oven. Dalam sibuk-sibuk masak untuk majlis raya tu, si Amirrudin pulak tak habis-habis dengan kek kosong dia..kalau la kek tu pandai cakap, mesti dia cakap dah la ambik gambar, penat posing... makan jer la..

Butter cake jer nih..backdrop jer lebih


Overall, majlis kali ni memang meriah, sebab sekali dengan AGM komuniti melayu Dundee. Antara jenis masakan yang dihidangkan adalah nasi beriyani, kuzi kambing, lembu masak hitam, acar timun, kari ayam, rendang, kuah kacang, nasi himpit, seri muka, kueh bakar, sosej roll, puding roti dan lain-lain.

Ladies always first...

Thursday, November 27, 2008

My favourite dessert

This is my personal favourite dessert. It's crunchy on the outside, creamy in the inside. The combination of juicy strawbery in the lemonade double cream, rolled in sweet crunchy meringe. I say....perfect dessert.

How do I do it...




1. Bake the meringue. Turn upside down and let it cool.











2. Spread the cream evenly








3. Spread the strawberry
















4. Roll tightly, use tin foil to help rolling







5. rolled meringe










6. Yummy dessert



full recepi can be found here

Wednesday, November 26, 2008

Cake lagi...

Sejak dua menjak ni asyik buat kek jer....rasa macam mudah pulak. Dalam duk mencari dan mereka idea kek yang sedap dan menarik, ada orang tu cuma makan kek kosong jer....butter kek...kacang la tuh...dah tau kita boleh buat, selalu la pulak kena buatkan dia kek ni..dah la gitu..makan sorang-sorang, tak bagi orang ambik kek dia.
plain butter cake kegemaran Amirrudin Ahmad

Kek ni sangat mudah membuatnya, tak payah pakai mixer letrik, pukul jer sendiri...resepi untuk kek sebesar yang dalam gambar tu boleh dapat kat sini



Ni pulak kek coklat...mudah jugak buatnya. Kalau sesiapa yang memang suka chocolaty taste mesti suka. Ni buat masa birthday fizzy and Bob. Ni pun tak yah pakai letrik mixer, pukul sendiri pun dah memadai. Resepinya ada kat sini. Untuk icing, to sandwich the cake, letak icing yang macam dalam resepi, tapi untuk cover, guna icing double cream. Mudah je membuatnya, 500 ml double cream, 100g icing sugar, 1 tbsp lemon juice, whisk until stiff..kalau terbalikkan mangkuk adunan tu, tak bergerak cream..maknanya ok la tu...





Yang ni pulak memang diakui complicated skit, perlukan azam yang kuat.... sebabnya ada banyak step. Ni adalah cheesecake ditengah, sponge cake dibawah and strawberry jelly diatas. Ada 5 main steps.

step 1. Crust cheesecake. Guna tea biscuit (kalau kat Mesia, biskut merry) yang ditumbuk (jangan blend, nanti halus sangat). Kemudian gaul dengan melted butter, press dalam cake tin(guna cake tin yang ada clip) dan bakar 10 minit. Lepas tu sejukkan dalam petisejuk.

step 2. sponge layer. Buat sponge cake ikut resepi butter cake(diatas). Tuang atas crust cheesecake yang telah disejukkan. Bakar macam biasa. Bila dah masak, sejukkan sebelum adunan cheesecake dituang keatasnya.

step 3. cheesecake. Resepinya seperti resepi strawberry cheesecake (ada dalam post terdahulu). Tuang di atas sponge cake dan bakar selama sejam (nak tau dah ok ke tak, keliling keras, kat tengah masih lembut lagi, jangan over bake, nanti pecah). Bila dah masak, sejukkan dan masukkan dalam petiais semalaman.

step 4. Strawberry jelly. Belah beberapa biji strawberri dan masak dengan sedikit air dan gula. Bila gula dan strawberi dah hancur, angkat dan tapis. Masukkan dalam periuk yang lain, jerang semula atas api. Masukkan serbuk agar-agar dan sedikit pewarna merah(optional). Bila agar-agar dah hancur, tutup api, dan biarkan sejuk sedikit sebelum tuang atas cake.

step 5. assemble kesemuanya. Sapu sedikit jem strawberry atas cheesecake. Susun strawberi dan tuang agar-agar sehingga melitupi strawberries. Biarkan sejuk sebelum masukkan kedalam fridge...sedia untuk dihidangkan.









cara assemble. 1. letak jem, 2. sediakan strawberry, 3. susun strawberries, 4. tuang jelly.


Kepada yang rasa nak mencuba, selamat mencuba..kalau ada ape-ape nak tanya, just drop me a line/lines.

Sunday, October 19, 2008

Strawberry and Cream Cake


This is not actually a cake tapi lebih kepada puding. Bila dah beberapa kali tengok kat uktv food, rasanya macam senang je. Masa birthday Fizzy ni, inilah first time buat. Memang sedap...dan rasanya semuanya suka..This is the perfect dessert sebab ianya sedap dan menggunakan banyak strawberry which is perfect combination with cream and castard. Rasberry and chocolate tu sebenarnya sendiri tokok tambah. Resepi asalnya hanya guna strawberry sahaja, dihias dengan caramel.


Resepi

Bahan

1 large ready-made sponge flan case
750 ml double cream
100 g castor sugar
1 shot lime juice (lebih kurang 1 sudu besar)
200 ml ready-made custard
strawberries
50 g icing sugar

Method

1. Using a 20-25 cm steel cake ring (springform type)
2. cut centre of the flan in size of the cake ring-disc
3. cut the disc into 2 thin discs
4. place one of the disc into the ring.
5. In bowl, whip double cream with castor sugar and lime juice (alternatively whisk the cream and sugar until soft peak form)
6. fold in custard. Place in the fridge
7. Line the ring with the strawberry halves with cut-side facing outward.
8. Top with cream mixture. Place the other flan disc on top.
9. to remove the disc, apply hot cloth around the ring, gently remove the ring.
10. dust icing sugar on top of the cake and garnish with strawberries and rasberries.

tangan sapa ni...cam kenal je budak kecik ni..misti adik angkat Bob nih

Kek untuk birthday Fizzy

Fizzy mesti chocolate cake!...dan tak boleh terlalu pahit, tak boleh dry..banyak songeh tul..nasib baik birthday, kasi can...

Mula-mula buat buat cake coklat ikut resepi Rache Allen (uktv food), tapi dia kata pahit sangat. Tapi sebenarnya sedap kalau sesiapa yang minat dark chocolate. Kek yang kedua, buat ikut resepi yang dah ada (buat masa farewell Malcom hari tu, yang ni confirm sedap). Setelah berpenat lelah meng-icingnya, Fizzy pun tolong bantu menyusun chocolate finger keliling kek. Dia happy dengan cake ni. Ibunya pulak biasa la kekadang terlebih creative tapi tak penyabar. Konon nak buat effect coklat turun berjujuran, tapi tuang coklat panas, habis icing cair..so Fizzy pun letak nama kek tu nama Chocolate Cake Disaster, ok jugak...


Ibu menghias kek Fizzy (Simply Chocolate Cake)



Fizzy sedang meniup birthday kek (Chocolate Cake Disaster)

Resepi

1. Simply Chocolate Cake

2. Chocolate Cake Disaster- resepi sama dengan chocolate layer cake (in older post)