Sunday, October 19, 2008

Birthday Fizzy Part I

Weekend ni penat skit sebab hari sabtu buat birthday party Fizzy yang ke-9. Fizzy ni kalau yang kenal dia, adalah seorang yang 'particular' skit, dari bab jemputan hingga la ke menu. Lepas ad-hoc 'meeting', dipersetujui ibu masak mee rebus, buat kek coklat (tak boleh terlalu pahit) dan sosej roll. Ibu tambah popia goreng dan strawberry cream cake (lepas seminggu study kat uktv food). Bapaknya pulak tambah potato crips sensation (chili thai flavour). Jemputan pulak asalnya follow list fizzy ditambah dengan ajak-mengajak, last-last rasa macam open house pulak. Kepada sesiapa yang tak terkena ajak tu, minta maaf bebanyak la ye...maklumla kami tak ada semua no, ada yang ada no, tapi tak teringat la pulak..nak war-war kan kat yahoo group, nanti ramai sangat la pulak (for a birtday party).


Mee Rebus
Bahan
Mee kuning (egg noodle, ada kat tesco)-5 bungkus
2 ekor ayam


Bahan kuah
2 labu bawang besar-kisar
beberapa ulas bawang putih-kisar
air rebusan ayam
halia
serai-5 batang
cili kisar/serbuk cili (kalau cili kisar-2 sudu besar, kalau guna serbuk cili-2 sudu kecil sahaja)
2 sudu besar rempah kari daging
1 kilo ubi keledek, rebus dan kisar


Cara
1. Dalam periuk yang agak besar, rebus ayam bersama 2-3 liter air, halia dan sedikit garam. Apabila ayam empuk, angkat, asingkan isi dari tulang. Masukkan balik tulang dan rebus untuk mendapatkan stok ayam. Siat isi ayam.
2. Dalam periuk yang lain, panaskan minyak. Tumis bawang, serai, cili dan rempah kari hingga naik minyak.
3. Masukkan air rebusan ayam (bersekali dengan tulang ayam kalau mahu, kalau tak boleh la ditapis). Masak hingga mendidih.
4. Masukkan keledek yang telah dikisar. Tambah air jika perlu. Perasakan dengan garam. Jangan letak gula kerana manis keledek dah memadai.
5. Biarkan mendidih sehingga pekat (ikut kepekatan yang disukai, tapi jangan terlalu pekat kerana bila dah sejuk ia menjadi lebih pekat)
6. Siap. Dimakan bersama telur rebus, tauge celur, tauhu goreng, isi ayam, cili potong, daun bawang dan kicap cabai. YUMMY..



geng dapur sedang menikmati mee rebus. Photo thanks to Amal

Sosej Roll



Yang ni memang kegemaran kanak-kanak (yang dewasa pun). Laju je jalan..tak sempat angkat keluar. Kat UK ni susah skit nak dapat sebab, kalau ada pun tak halal. Oleh kerana ni majlis kanak-kanak, kira macam wajib ada la..tu pun puas sorok, takut habis sebelum hari jadi. Buatnya tak susah, cuma kena rajin skit la.

Resepi

bahan

Sosej, roti sandwich, telur, bread crumb (boleh ganti dengan cornflake kisar kasar).

Cara

1. Kukus roti selama 2 minit (sekejap sahaja, hanya untuk melembutkan roti). Roll roti yang telah dikukus sehingga nipis dan flat. Gulungkan sosej dan sapukan kuning telur untuk melekatkan. Boleh simpan dalam fridge kalau tak mahu goreng terus.

2. Untuk mengoreng, sediakan dua bekas. Satu untuk telur yang telah dipukul, satu lagi untuk bread crumb. Celup sosej yang telah digulung kedalam telur terlebih dahulu, kemudian golekkan kedalam bread crumb, lepas tu goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga keperangan. Angkat dan siap untuk dimakan.

No comments: