Sunday, October 19, 2008

Birthday Fizzy Part I

Weekend ni penat skit sebab hari sabtu buat birthday party Fizzy yang ke-9. Fizzy ni kalau yang kenal dia, adalah seorang yang 'particular' skit, dari bab jemputan hingga la ke menu. Lepas ad-hoc 'meeting', dipersetujui ibu masak mee rebus, buat kek coklat (tak boleh terlalu pahit) dan sosej roll. Ibu tambah popia goreng dan strawberry cream cake (lepas seminggu study kat uktv food). Bapaknya pulak tambah potato crips sensation (chili thai flavour). Jemputan pulak asalnya follow list fizzy ditambah dengan ajak-mengajak, last-last rasa macam open house pulak. Kepada sesiapa yang tak terkena ajak tu, minta maaf bebanyak la ye...maklumla kami tak ada semua no, ada yang ada no, tapi tak teringat la pulak..nak war-war kan kat yahoo group, nanti ramai sangat la pulak (for a birtday party).


Mee Rebus
Bahan
Mee kuning (egg noodle, ada kat tesco)-5 bungkus
2 ekor ayam


Bahan kuah
2 labu bawang besar-kisar
beberapa ulas bawang putih-kisar
air rebusan ayam
halia
serai-5 batang
cili kisar/serbuk cili (kalau cili kisar-2 sudu besar, kalau guna serbuk cili-2 sudu kecil sahaja)
2 sudu besar rempah kari daging
1 kilo ubi keledek, rebus dan kisar


Cara
1. Dalam periuk yang agak besar, rebus ayam bersama 2-3 liter air, halia dan sedikit garam. Apabila ayam empuk, angkat, asingkan isi dari tulang. Masukkan balik tulang dan rebus untuk mendapatkan stok ayam. Siat isi ayam.
2. Dalam periuk yang lain, panaskan minyak. Tumis bawang, serai, cili dan rempah kari hingga naik minyak.
3. Masukkan air rebusan ayam (bersekali dengan tulang ayam kalau mahu, kalau tak boleh la ditapis). Masak hingga mendidih.
4. Masukkan keledek yang telah dikisar. Tambah air jika perlu. Perasakan dengan garam. Jangan letak gula kerana manis keledek dah memadai.
5. Biarkan mendidih sehingga pekat (ikut kepekatan yang disukai, tapi jangan terlalu pekat kerana bila dah sejuk ia menjadi lebih pekat)
6. Siap. Dimakan bersama telur rebus, tauge celur, tauhu goreng, isi ayam, cili potong, daun bawang dan kicap cabai. YUMMY..



geng dapur sedang menikmati mee rebus. Photo thanks to Amal

Sosej Roll



Yang ni memang kegemaran kanak-kanak (yang dewasa pun). Laju je jalan..tak sempat angkat keluar. Kat UK ni susah skit nak dapat sebab, kalau ada pun tak halal. Oleh kerana ni majlis kanak-kanak, kira macam wajib ada la..tu pun puas sorok, takut habis sebelum hari jadi. Buatnya tak susah, cuma kena rajin skit la.

Resepi

bahan

Sosej, roti sandwich, telur, bread crumb (boleh ganti dengan cornflake kisar kasar).

Cara

1. Kukus roti selama 2 minit (sekejap sahaja, hanya untuk melembutkan roti). Roll roti yang telah dikukus sehingga nipis dan flat. Gulungkan sosej dan sapukan kuning telur untuk melekatkan. Boleh simpan dalam fridge kalau tak mahu goreng terus.

2. Untuk mengoreng, sediakan dua bekas. Satu untuk telur yang telah dipukul, satu lagi untuk bread crumb. Celup sosej yang telah digulung kedalam telur terlebih dahulu, kemudian golekkan kedalam bread crumb, lepas tu goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga keperangan. Angkat dan siap untuk dimakan.

Wednesday, October 8, 2008

Open House

Malam sebelum hariraya (malam raya la tu...tapi masa tu belum tau lagi esok raya), tak berapa sihat skit, so tidur awal. Tiba-tiba dapat call dari Aeni yang ada kat central mosque Dundee kata esok raya. Kitaorang ni co-host buat open house raya pertama...confident giler hari rabu raya, tapi tup, tup hari selasa pulak raya...bawang pun tak ada kat rumah...haha..punya terkejut sebab esok raya, hilang sakit kepala....dalam pada tu sempat jugak buat kuah kacang and ketupat nasi.


Lepas bermesyuarat dengan Kak Shi dan Aeni (co-hosts), open house diteruskan as planned tapi dilewatkan skit, start pukul 1 instead of pukul 11 pagi. Menunya Ketupat nasi, ketupat pulut nona, rendang daging, rendang ayam, serunding daging, nasi pilau ust lutfi, kuah kacang..rojak melaka (cucur udang, timun, salad, telur rebus makan dengan kuah kacang)..dessert tak sempat buat...
mengangkut juadah nak bawak kerumah Aeni untuk rumah terbuka




Ok jugak la, ramai yang datang..maklumla raya pertama dan mana ada rumah terbuka lain kat Dundee ni...ada juga tetamu melayu singaporeans, first time jumpa, next daynya kami kerumah diaorang kat Watson Street Dundee.... .Terima kasih kepada yang sudi datang open house kami.
gambar raya...Bob dapat adik angkat

Raya dah tiba

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA

Hari raya kat sini tak la semeriah macam kat Mesia, sebab kat sini tak ramai Malaysian. Orang islam ramai, tapi geng-geng arab, afrika depa lain skit sambut eid mubarak ni...


Walaupun beraya kat sini, kue raya masih tak tinggal...sempat jugak buat biskut raya 3,4 jenis bersama-sama Ika dan Ina. Aeni ada join sekali.. Yang tak ketinggalan adalah tart nenas, biskut kurma cornflake, dahlia, semperit, almond london (orang london pun tak tau biskut tu nama almond london.. hehe)dan biskut kacang...ok la tu. Tapi teringin nak makan popia simpul...kat sini ada kulit popia tapi tebal skit dari kulit popia jenama PERTAMA yang ada kat mesia...yang tu jer yang sesuai disimpul.

Wednesday, September 17, 2008

Puasa @ Dundee

First time puasa luar mesia nih...tambah pulak suami tak ada, sayu la jugak. First week teruk juga sebab puasa panjang, pukul 9 baru berbuka. Tapi Aidil steady je. First day Bob pun puasa (semangat berkobar-kobar). Tapi bila masuk second day, dah tak larat. Fizzy langsung tak tahan. So far hanya dua hari jer tahan sampai pukul 5.

Bulan puasa ni memang keje nye memasak. Almaklumla, kat sini tak ada bazar ramadhan. Minggu pertama masak pajeri nenas (tahan seminggu). Lauk lain tukar-tukar antara ayam panggang dan ikan siakap panggang, cicah air asam.

Pajeri Nenas

1/2 biji nenas
2 sudu besar bawang besar kisar (kat sini bwg merah susah dapat)
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar kerisik (buat dari dessicated coconut)
1-11/2 gelas santan sederhana cair
sedikit bunga lawang, kayu manis, pelaga dam cengkih
1-2 sudu besar gula-kurangkan kalau nenas dah manis
sedikit garam

Cara
1. Tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga dan cengkih
2. masukkan bawang kisar.
3. bancuh rempah kari dengan air, tuang dalam tumisan. Tumis sehingga garing
4. Masukkan santan dan nenas, kacau sebati
5. masukkan kerisik, gula.
6. masak sehingga agak pekat/naik minyak.
7. masukkan garam
8. bila dah pekat, bolehla diangkat.

Boleh juga bubuh udang kering. Rendam dan tumbuk sedikit dan dimasukkan semasa menumis rempah.

Air Asam (dicicah dengan ikan/ayam/terung bakar)

belacan
cili padi hiris
air limau nipis-sedikit sahaja
sedikit garam
bawang hiris
tomato hiris (buang isi/bijinya)

-gaul semua bahan (kalau boleh ramas dengan tangan). Siap untuk dimakan

More Cakes

Sebelum berpuasa our group holding a farewell gathering for Malcom. He's leaving after finishing his phd and will join NHS start september first. Jadinya semua orang kena buat kek. Fikir punya fikir, jadi la Chocolate Layer Cake and Lemon Cheese Cake. Semua orang suka, best la kut.

Chocolate Layer Cake
(9 inch baking tin, 180 deg Cel)

Bahan
1 1/2 cup (340g) butter- softened
1 2/3 cup (340g) sugar
6 eggs
2 2/3 cup (340g) flour
3/4 cup (120g) finely ground almonds
3 tablespoon cocoa powder
2 teaspoon baking powder
2 teaspoon vanila
1/2 cup boiling water

Method

1. Beat butter and sugar untill fluffy
2. add eggs, one at time
3. prepare flour mix (flour, cocoa, baking powder, almond, vanila), mix well
4. mix in to the butter, sugar and egg mixture.
5. add boiling water. Mix well
6. Transfer into two tin. Bake 30-45 min. Do not over bake.

Frosting
1. Whisk double cream with sugar and lime juice until thickened-Keep in the fridge
2. Melt 80g butter and 200g chocolate.
3. Beat 2 eggs with 200g icing sugar. Mix with chocolate mix.
4. When cake totally cooled, apply chocolate frosting in between cake.
5. Sandwich both cake and spread whisked cream all over. Cover cake with shreded milk chocolate.
6. Keep in fridge to hard'n the frosting


Lemon Cheese Cake
(9 inch baking tin, 150 deg cel)

Base
1 cup cracker/tea biscuit (boleh guna biskut merry)- crushed
3 tablespoon butter-melted
3 tablespoon sugar
-mix all ingredient, press onto the tin, bake 10 min @150

Filling
1. Beat 1/2 cup sugar, cream cheese (2 packs), 1 tbsp lemon juice, 1 tbsp grated lemon peel @ medium speed
2. Add 1 cup sour cream, mix well
3. Add 3 eggs, 1 at a time. Mix on low speed
4. Pour into base
5. Bake 50 min, or until centre of the cake just set. Do not over bake-pecah
6. Cool in fridge overnight
7. Decorate with strawberries

Monday, July 7, 2008

Cheesecake


Hari tu dah buat chocolate cheesecake, tapi kali ni nak cuba buat cream cheesecake pulak. Resepi dapat dari website www.momswhothink.com/cheesecake-recipes/cheesecake-recipes.html. Not bad at all. Photograph credited to Ameyahmad (dan menokok tambah strawberries on the cake). Actually cake ni dah nak habis baru ambik gambar.
Resepi
bahan
2 buku cream cheese
2 biji telur
1/2 cawan gula
secubit garam
1/4 cawan milk
1 sudu kecil jus lemon
for toping
1 cawan sour cream (kat mesia ni tak tau nak cari kat mana)
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil gula
cara
1. pukul cheese hingga kembang, masukkan lemon, gula, garam dan vanila
2. masukkan telur satu persatu, jangan pukul terlalu lama
3. bakar secara bourne marie selama 30 minit, 170 darjah celcius.
4. keluarkan dari oven. Sapukan toping on top of the cake
5. masukkan semula dalam oven, bakar selama 10 minit
6. keluarkan dari oven, biar sejuk dan masukkan dalam petisejuk semalaman.
7. boleh dihidangkan bersama cranberry sos dan strawberries.

Chicken Mushroom Cream Soup

Dah cuba buat sup ikut resepi Ina nih...tapi adala ubah skit. Instead of use two onions, I only used one, and I added little bit (1 spoon) of corn flour to make it more creamier.

Oleh kerana ada banyak bahan dalam sup, aidil tak berapa suka, dia nak yang smooth jer....so kena la makan sendiri...no doubt its delicious...but next time kena blend so everybody can enjoy...