Tuesday, October 13, 2009
Monday, September 21, 2009
Selamat Hari Raya: Kue Raya
Kueh Dahlia dan Choc Chip
Perkara yang paling utama kalau raya adalah kueh raya. Walaupun berada di Scotland, Tart Nenas, Kurma Cornflake, Almond London dan Dahlia tidak di lupakan.
Kueh Raya Bob
Friday, August 28, 2009
Kek Pisang vs Ayam Percik
Resepi Kek Pisang
Bahan: 200g butter, 150g gula castor, 200g tepung, 3-4 biji pisang yang telah dilenyek, 3 biji telur, secubit garam, 2 sudu teh baking soda.
Cara: pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur, pukul sebati. Masukkan pisang, garam, tepung dan baking soda. Gaul sebati. Bakar selama 50 minit pada suhu 170 darjah celcius.
Resepi Ayam Percik (versi Scotland)
Bahan: Seekor ayam, gaul kunyit bakar pada suhu 200 darjah celcius.
Bahan Percik: Santan 1 tin santan, 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia - kisar halus; 1 sudu teh serbuk lengkuas, 1/2 sudu teh kunyit, 1 sudu teh serbuk cili, 3 keping asam keping, beberapa helai daun limau purut, 2-3 batang serai, garam, gula.
Cara
Masukkan semua bahan kedalam kuali. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat (jangan sampai pecah minyak). Tuang keatas ayang yang sudah di bakar.
Saturday, August 1, 2009
Kerabu Taugeh Dundee (Bean Sprout Salad)
Beberapa minggu yang lalu Aeni mengajak ke rumah untuk meraikan birthday anak-anaknya. Oleh kerana masa tu agak sibuk, nak masak yang renyah-renyah tak sempat. Oleh kerana dia masak nasi pilau, buat kerabu ok gak.
Buat kerabu musim summer ni memang seronok sebab banyak bahan/sayuran yang boleh di tokok tambah. Sayuran pun murah time ni. So, kali ni buat kerabu taugeh bersama udang dan santan. Untuk dessert, yang cepat dan sedap adalah pavlova roulade. Selalu kalau buat pavlova ni letak satu jenis fruit saja, tapi kali ni letak tiga jenis, kiwi, peach dan strawberry.
Resepi Kerabu Taugeh