Bahan 1 tin jagung cream style 1/2 cawan gula 1 tin susu sejat 1 tin air 8 sudu tepung kastard
cara Masukkan semua bahan dalam periuk. Pastikan tepung kastard larut sebelum letak periuk atas api. Masak atas api sederhana. Kacau sentiasa dan pastikan tidak hangit. Masak sehingga keluar wap. Tuang kedalam acuan/loyang. Biar sejuk sebelum dihidangkan.
Famili Favorites: Raya Goodies
Popia Reben
Coklat Cococrunch
Biskut Kelapa Cornflake
Almond London
Kuih Siput
Kek Coklat Kukus
Biskut Kelapa Ceri
Semperit
Biskut Cornflake Kurma
Tat Nenas
Koleksi Kerabu Kegemaran
Kerabu Daging Bahan -1 mangkuk daging yang telah direbus dan dihiris nipis. Diketuk sedikit -2 sudu besar sos ikan, kalau tak de kicap cair pun boleh -2 sudu besar gula -2 ulas bawg merah, 2 btg serai, cili padi (hiris semuanya) -1 biji limau nipis-perah ambil airnya -1 biji tomato, belah, buang biji, potong dadu kecil
Cara Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk yang dalam. Gaul rata dan bolehlah dihidang
Kerabu Mangga
Bahan -2 biji mangga muda-dihiris halus -sos ikan/kicap cair -gula -2 ulas bwg merah, cili padi, serai (hiris) -sedikit ikan bilis goreng/sotong kering/udang kering/udang geragau -kacang goreng
Cara -Gaul mangga, sos ikan, gula, bahan hiris dalam mangkuk dalam -rasa, tambah gula kalau mangga terlalu masam. -akhir sekali masukkan ikan bilis dan kacang goreng
Acar Timun Terengganu
Bahan -1 batang timun- buang empulur dan hiris memanjang -1/2 labu bawang besar-potong bulat -1 biji cili merah-hiris -2 sudu cuka, 1 sudu gula, 1/2 sudu kecil garam
cara -Campur semua bahan dan gaul rata -perap 30 min-1 jam. gaul sekali-sekala -apabila rasa sudah sebati dengan timun, bolehlah dihidang
Kerabu Pucuk Paku
Bahan -pucuk paku yang telah dicelur -sedikit kelapa parut -2 ulas bwg merah, 3 btg serai, 1-2 cili padi, halia skit (hiris) -isi ikan panggang/kerang rebus/perut rebus -sedikit serbuk lada hitam -air limau nipis
cara -Jerang kuali tanpa minyak atas api perlahan -masukkan kelapa parut, isi ikan, gaul -masukkan pucuk paku, bahan hiris dan lada hitam -perasakan dengan garam -akir sekali masuk air limau nipis. gaul dan hidangkan
Kerabu Sotong
Bahan -I mangkuk sotong yang telah dicelur dan dihiris nipis -2 sudu besar sos ikan -2 sudu besar gula -2 ulas bwg merah, cili padi, sedikit bunga kantan, 2 urat kacang panjang (hiris semuanya) -1 biji limau nipis, ambik airnya
Cara -gaul semua dalam mangkuk dalam. Bila rasa dah sebati bolehlah makan
1 comment:
kak sah, gane nak wat kueh ni?
Post a Comment