Saturday, August 1, 2009

Kerabu Taugeh Dundee (Bean Sprout Salad)

Kerabu Taugeh

Beberapa minggu yang lalu Aeni mengajak ke rumah untuk meraikan birthday anak-anaknya. Oleh kerana masa tu agak sibuk, nak masak yang renyah-renyah tak sempat. Oleh kerana dia masak nasi pilau, buat kerabu ok gak.

Buat kerabu musim summer ni memang seronok sebab banyak bahan/sayuran yang boleh di tokok tambah. Sayuran pun murah time ni. So, kali ni buat kerabu taugeh bersama udang dan santan. Untuk dessert, yang cepat dan sedap adalah pavlova roulade. Selalu kalau buat pavlova ni letak satu jenis fruit saja, tapi kali ni letak tiga jenis, kiwi, peach dan strawberry.

Pavlova Roulade

Resepi Kerabu Taugeh
Sayuran: taugeh, celeri, capsicum, cili padi, kucai, raddish root (tak tahu boleh dapat tak kat Malaysia), ceri tomato
Bawang besar- hiris
garam, gula, sos ikan- secukup rasa
sedikit santan pekat
Cara: gaul semua bahan dan bolehlah dihidangkan.






Tuesday, July 14, 2009

Tiramisu Cake...mee goreng, cekodok pisang

Kek tiramisu ni by far the tastiest cake I ever made so far. Resepinya jumpa kat internet, modified sikit sebab resepi asalnya guna alkohol. Bila bawak pergi lab, dia orang yang biasa makan tiramisu beralkohol pun kata tak berbeza dengan yang campur liquer, malahan lebih tastier. Membuatnya pun tak susah mana. Bahan utama adalah sponge cake, mascapone cheese, strong coffee (atau nescaffe pekat pun ok) dan double cream. Full resepi is here









Kadang-kadang tak ada masa nak masak yang hebat-hebat, cucuq pisang pun sodap. Selalunya bila pisang tak habis, kalau malas jadi cekodok pisang, kalau rajin jadi kek pisang. Tapi biasanya cekodok pisang laju je habis, tak habis goreng lagi pun dah licin.

Mee kuning (kat sini panggil egg noodles) senang dapat especially kat Tesco. tapi mee nya lembut sikit sebab dah di rebus siap-siap. Jadi bila menggorengnya kena la cepat-cepat, stail stir fry. kalu tak akan lembik dan hancur. Mee boleh katakan hidangan tetap, every week mesti goreng mee.


Resepi mee goreng

Bahan: sebungkus mee kuning (400g), telur sebiji, serbuk lada/cili kisar sesudu kecil, tauge, bawang merah, bawang putih (hiris/ketuk), tomato sos, cili sos, kicap dan udang/ayam.

Cara: Panaskan kuali. Tumis bawang. Masukkan ayam/udang, serbuk lada/cili kisar, sos dan kicap. kacau rata. Masukkan mee dan tauge. Perisakan dengan garam. Gaul sehingga semua sebati. pecahkan telur, besarkan api. Kacau seminit dan angkat.

Wednesday, June 10, 2009

When Mom Busy....




ni la yang paling mudah kalau ibu busy.... Pizza, fried chickens, chips and burgers

Bob kena bakar sendiri ayam...

Mixed Veggie Stir Fry with Button Mushroom

Sunday, June 7, 2009

Chocolate Profiterole


Bob suka dapat makan profiterole

Thursday, May 21, 2009

Soft Cotton Cheese Cake

Namanya pun soft cotton, cheese cake ni less rich berbanding dengan densely creamy cheesecake. The texture is so soft and spongy. Tapi yang ini jenis yang makan tak puas, kena ulang-ulang selagi tak habis...additive gitu..resepi dapat kat internet, senang aje buatnya, cuba sekali dah jadi...Last couple of weeks is very stressful, so a slice of cotton cheesecake after work definitely helpful.

Resepi

Bahan
A- 250 g cream cheese
100 ml fresh milk
100 g butter
B- 100 g plain flour, sifted
20 g corn flour, sifted
60 g caster sugar
6 egg yolks
1 orange, zest and juice
C- 6 egg whites
1/2 tsp cream of tartar
60 g caster sugar
Cara
1) Masukkan semua bahan A dalam mangkuk besar, panaskan secara double boiler sehingga cheese dan butter cair. Kacau.
2) Alih daripada boiler dan biarkan sejuk
3) Bila A sejuk, masukkan bahan B. Kalau hingga sebati. Ketepikan
4) Pukul C sehingga pekat dan berkilat (masukkan gula sikit demi sedikit).
5) Kaup balik (fold) C kedalam campuran A dan B hingga sebati.
6) Bakar secara bourne marie dalam spring form tin selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.




Saturday, May 16, 2009

Kek Kawin


Tak pernah terlintas akan buat kek untuk orang kawin. Kek kawin mestilah istimewa dan cantik. Baru-baru ni Komuniti Melayu Dundee buat majlis kesyukuran sempena perkahwinan Hajar(dari Brunei) dengan Hassan (Malaysian), jadi me-volunteer-kan diri buat kek. Sebenarnya plan nak buat white kek and american frosting, tapi last minit tukar plan. Akhirnya jadilah soft cotton cheese cake sandwich with sponge cake, cover with marzipan dan royal icing, dihias dengan cream icing...jadi jugakla tema putih......


Last slice......