Rasa nak makan kek pulak...dah download resepi kat internet...ada masa nak try
Kek gula Hangus 1
Bahan-bahan
250 gm mentega
5 biji telur
1 cawan gula
3 cawan tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan gula(untuk buat gula hangus)
1 cawan air(untuk buat gula hangus)
Cara-cara
Masak gula hingga hangus, masukkan air dan tutup api.Biarkan sejuk.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
kemudian masukkan telur satu persatu.
Pukul hingga betul-betul kembang.
Masukkan tepung dan serbuk penaik, kacau hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan gula hangus dan kacau.
Bakar/kukus hingga masak.
Resepi 2
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil sodium bikorbonat
1 cawan gula
3 biji telur
100ml susu pekat
1 1/2 cawan gula (buat gula hangus)
1 cawan air
Cara-cara
Panaskan gula dalam periuk sehingga menjadi perang dan
kemudian masukkan air. Ketepikan dan biarkan sejuk.
Pukul telur bersama 1 cawan gula sehingga kembang.
Pukul telur dan 1 cawan gula sehingga kembang.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung, baking powder
dan sodium bikarbonat. Kacau dan tuangkan susu pekat dan
gula hangus tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan
kukus sehingga masak.
Cara-cara buat kek gula hangus
http://www.youtube.com/watch?v=zY0t0qzrp1U
Cheese kek
Nampak menarik pulak cheese kek ni...ni nak kena cari mixer ni....
http://www.youtube.com/watch?v=yJPHGtF1F7g
Wednesday, January 30, 2008
Saturday, January 19, 2008
Scotland's Menu
Dah hampir 2 bulan kat Dundee, Scotland ni memasak bukanlah satu aktiviti kegemaran, tapi satu keperluan. Kalau kat Malaysia, tak masak pun tak apa, boleh beli je, tapi kat sini no choice. Menu pun agak berbeza sebab agak sukar nak dapat bahan mentah yang sama dengan kat Malaysia. Nasib baik ada kedai cina yang jual bahan-bahan dari Asia especially dari Thai..bolehla..
Kat sini hari-hari makan nasi beras basmati, lebih senang dapat, harga..dalam £20-22 pack of 20 kg. Santan boleh dapat dr Tesco je, santan dalam tin. Menu tak lah pelbagai, cukup untuk mengisi perut aje..budak-budak ok je..aidil makan banyak betul, seluar semua dah ketat. Cuaca sejuk ni memang melaparkan perut.
26 Dis lalu Ashraf dan famili datang dari London, nak makan nasi dagang. Nasib baik landlord ada sediakan periuk kukus, bolehlah buat. Beras pulut dan beras siam beli kat kedai cina, lauk kena kreatif sikit. Oleh kerana tak ada ikan tongkol, makan dengan ayam masak sos bersantan (reka je), agak kena dengan nasi dagang. Acar pun kena modify sebab tak ada cuka, timun gaul je dengan sos cili tambah garam skit. Boleh tahan la rasanya.
Alia, anak dara Ashraf and Hayat
Resepi Ayam Sos Bersantan
Bahan
1/2 ekor Ayam-potong ikut suka
5-6 ulas bawang merah-kisar
3-4 ulas bawang putih-kisar
1 labu bawang besar-kisar
1 labu bawang besar-potong bulat
1 cm halia-kisar
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
sebatang kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar cili sos
1/2 sudu besar cili boh
1 gelas santan sederhana pekat
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
Cara
1. Goreng ayam separuh masak, ketepikan
2. Tumis bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.
4. Masukkan tomato puri, cili sos dan setengah gelas air.
5. masak hingga pekat, masukkan ayam dan santan.
6. Masak hingga pekat dan naik minyak. Masukkan garam dan gula.
7. Rasa dan angkat.

Subscribe to:
Posts (Atom)