Saturday, June 28, 2008

Chicken Mushroom soup

Susah jugak nak dapat cream soup yang halal kat Dundee. Ini ada resepi dari Azlina. Belum try lagi, tapi gerenti sedap punya.

Cream of mushroom soup ( resepi dpt dr mak ina sendiri)

serving: 2 @ 3 org makan cukup je, insyaallah

7 biji fresh close cup mushroom (warna putih-kat tesco) - cincang halus
2 biji bawang besar- cincang halus
daging ayam dicincang halus
1 sd besar minyak zaitun
1 liter fresh milk
1 helai bay leaf
bancuhan 2 sd besar tepung gandum & 1/2 cwn air(kacau, jgn bergentel2)
seketul kiub ayam (kiub ayam halal ade kt kedai daging al-noor)
garam sesedap rasa lidah anda
grated black pepper(optional)

cara masak-

1- panaskan satu sudu besar minyak zaitun
2- tumis bwg sampai layu
3- masuk ayam, tulang jgn buang, bole masuk, utk bg manis soup tu
4- masuk mushroom, kacau bg layu skit
5- masuk susu....didihkan
6- masuk bancuhan tpg gandum + air ...kacau sentiasa supaya tepung tidak bergentel
7- masuk bay leaf, kiub ayam, garam- rasa dulu ....didih lagi dan kuah akan pekat sedikit

Wednesday, June 18, 2008

Lindseys' Birthday Cakes

It's an unwritten rule in the lab that if somebody birthday is coming, somebody has to bake a cake. Oleh kerana tak pernah lagi masak apa-apa untuk dia orang, so agree to bake cake for Lindsey. Ingatkan nak buat chocolate cake, tapi rasa macam terlalu ordinary. So, nak try yang lebih adventure skit, Cheese chocolate cake. Kalau yang melibatkan chocolate, kena ada lagi satu, Fred tak makan pulak chocolate, so buat almond sponge cake. To make the cakes looks more striking, terfikir untuk letak jelly on top with cherries. Surprisingly, it turnout to be a beutiful and tasty cake I ever make.

Dundee Chocolate Cheese Cake

for base
200g biskut digestive (10-15 keping)
85g butter/margerin (2 sudu besar)-cairkan

hancurkan (bukan kisar) biskut dan gaulkan bersama margerin. Masukkan kedalam loyang pembakar dan tekan dengan sudu hingga padat. Masukkan dalam petiais selama lebih kurang sejam

for filling

600g cream cheese (dua buku)
175 gula castor (2/3 cawan)
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
115g coklat masakan (1 bar)

1. Pukul cream cheese hingga kembang (guna mixer)
2. Masukkan gula, pukul sebati
3. masukkan tepung (yang dah diayak) dan vanila, pukul sebati
4. masukkan telur satu persatu
5. Sementara itu, cairkan chocolate.
6. tuang coklat kedalam adunan
7. Bakar pada suhu 170 darjah celcius, 45-1 jam secara bourne marie (letakkan loyang pembakar di atas dulang yang diisi sedikit air.

Jelly topping
2 sudu besar serbuk agar-agar
400-500 ml air
3 sudu gula
sedikit pewarna merah
ceri merah
sos cranberries

1. masak agar-agar hingga larut, masukkan gula dan pewarna
2. sapukan sos cranberries diatas cake yang dah sejuk
3. susun ceri
4. tuang agar-agar
5. sejukkan pada suhu bilik
6. sejukkan dalam petiais sebelum dihidang.

Almond Sponge Cake

250g butter/margerin
150g gula castor
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
200g tepung naik sendiri (ayak)
100g badam kisar

1. pukul gula dan butter hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan esen vanila, tepung dan badam kisar. Gaul sebati
4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius, 30-35 minit.
5. hias dengan cream dan fresh rasberry (kat dundee ni banyakla, kat malaysia susah dapat)










Tuesday, June 17, 2008

BBQ di Monikie Park, Dundee

Dah ada kereta ni keje nye nak berjalan je...sightseeing la katakan. Last two week kami berkonvoi ke Monikie Country Park, kira-kira 20 minit dari bandar Dundee. Perjalanan agak biasa-dah terbiasa. lalu farms, sheeps...very country. Hari tu hari sabtu. Sebelah pagi kena pergi lab buat cell lysate sampai pukul 12 tengahari. Sebelum pergi lab, sempatla marinate chicken untuk dibawa ke Monikie. Bertolak dalam pukul 2.30 ptg...kalut la jugak. Cantik jugak tempat ni, ada tasik dan well maintain.


Zahir pulun hidupkan api





Ayam Bakar Monikie







Ust Lutfi pulun makan












Resepi Ayam Bakar Monikie


1 ekor ayam
4-5 ular bawang putih-kisar
3-4 cm halia-kisar
1-2 ulas bawang merah (atau 1 labu bwg besar)
4-5 sudu besar kicap
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
sedikit serbuk lada/cili kisar kalau tak melibatkan kanak-kanak (takut pedas)

Cara

campur semua bahan. Perap 3-5 jam (lebih lama, lebih baik).

Kuey Teow Dundee

Bila di fikir-fikirkan, dok kat dundee ni lebih banyak makan nasi dari roti. kalah duk Malaysia. Sesekali teringin pulak nak makan kuey teow. kat supermarket cina, Matthew's Supermarket ada jual frozen kue teow Ipoh mali. Apa lagi char kuey teow la. Resepinya...ikut logik je...LICIN...

Kuey Teow Dundee
Bahan
1 bungkus kuey teow (sama je kat mesia)
4-5 ekor udang (belah belakang. Kalau ada kepala lagi bagus)
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih-cincang
1/2 labu bawang besar (atau 1 ulas wg merah-kat sini tak ada bwg merah)-cincang
1/2 sudu besar cili kisar/boh
segengam tauge
daun kucai/daun bawang-hiring agak panjang
2-3 sudu kicap masin
2-3 sudu cili sos
sebiji telur
cara
1. Kuey teow frozen mesti dikukus terlebih dahulu untuk melembutkannya
2. Panaskan minyak, tumis bawang dah cili.
3. Masukkan udang. Apabila udang dah kemerahan, masukkan kicap, sos, tauge, kucai dan kuey teow.
4. gaul rata, perisakan dengan garam
5. tambah 1/2 gelas air, kacau rata.
6. pecah telur, besarkan sedikit api. kacau rata dan angkat
sedap lagi kalau ada lada jeruk atau sambal kicap.