Wednesday, September 17, 2008

Puasa @ Dundee

First time puasa luar mesia nih...tambah pulak suami tak ada, sayu la jugak. First week teruk juga sebab puasa panjang, pukul 9 baru berbuka. Tapi Aidil steady je. First day Bob pun puasa (semangat berkobar-kobar). Tapi bila masuk second day, dah tak larat. Fizzy langsung tak tahan. So far hanya dua hari jer tahan sampai pukul 5.

Bulan puasa ni memang keje nye memasak. Almaklumla, kat sini tak ada bazar ramadhan. Minggu pertama masak pajeri nenas (tahan seminggu). Lauk lain tukar-tukar antara ayam panggang dan ikan siakap panggang, cicah air asam.

Pajeri Nenas

1/2 biji nenas
2 sudu besar bawang besar kisar (kat sini bwg merah susah dapat)
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar kerisik (buat dari dessicated coconut)
1-11/2 gelas santan sederhana cair
sedikit bunga lawang, kayu manis, pelaga dam cengkih
1-2 sudu besar gula-kurangkan kalau nenas dah manis
sedikit garam

Cara
1. Tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga dan cengkih
2. masukkan bawang kisar.
3. bancuh rempah kari dengan air, tuang dalam tumisan. Tumis sehingga garing
4. Masukkan santan dan nenas, kacau sebati
5. masukkan kerisik, gula.
6. masak sehingga agak pekat/naik minyak.
7. masukkan garam
8. bila dah pekat, bolehla diangkat.

Boleh juga bubuh udang kering. Rendam dan tumbuk sedikit dan dimasukkan semasa menumis rempah.

Air Asam (dicicah dengan ikan/ayam/terung bakar)

belacan
cili padi hiris
air limau nipis-sedikit sahaja
sedikit garam
bawang hiris
tomato hiris (buang isi/bijinya)

-gaul semua bahan (kalau boleh ramas dengan tangan). Siap untuk dimakan

No comments: