Saya memang suka tiramisu. Dah banyak kali beli kat tesco (tak aware yang ada alkohol)..lepas dah tau tak halal, baru la terfikir nak buat sendiri. Setelah berbulan lamanya sponge finger bertapa dalam kabinet dapur, akhirnya cuba la juga. Bila cari-cari resepi kat internet, semua resepi ada tambah alkohol, berbagai-bagai...ada yang letak cognac, ada yang letak brandy, paling kurang pun letak rum.
So, dalam banyak-banyak resepi tu, adalah satu resepi yang mudah, dari uktv food. Oleh kerana tak sure nak ganti alkohol tu dengan apa, so just abaikan jer. Hasilnya not too bad (gambar), tapi kurang manis...dalam resepi asalnya ada tambah liquer, so mungkin manis dari situ la yang menambah kepada manis gula...so still not satisfied dengan resepi tu, jadi tak nak letak la dulu kat sini...appearance, rasanya dah ok...nampak cantik dah...