Sebenarnya hari raya haji dah dekat sebulan dah lepas, tapi oleh kerana masing-masing sibuk, maka nye majlis sambutannya diadakan pada ahad lepas. Tempatnya sama dengan majlis sambutan hari raya puasa hari tu, di Taymills Common Room (kat sini free).
Bab masak-memasak, kali ni tak kena in-charge bahagian jamuan, tapi masak gak la..rendang daging, rendang ayam (sebenarnya nak buat rendang daging jer, tapi tak cukup daging, kena buat ayam la separuh). Tak ketinggalan juga, dessert...Strawberry Cream Cake dan Chocolate cake. Strawberry cake ni memang jadi perhatian ramai, terutama kanak-kanak...dalam duk meeting, kek dah rongak, strawberry kena rompak.
Caught on camera. Patutla strawberry hilang, ni dia orang mengerjerkannyer..
Butter cake jer nih..backdrop jer lebih
Overall, majlis kali ni memang meriah, sebab sekali dengan AGM komuniti melayu Dundee. Antara jenis masakan yang dihidangkan adalah nasi beriyani, kuzi kambing, lembu masak hitam, acar timun, kari ayam, rendang, kuah kacang, nasi himpit, seri muka, kueh bakar, sosej roll, puding roti dan lain-lain.
Ladies always first...
No comments:
Post a Comment