Friday, August 28, 2009

Kek Pisang vs Ayam Percik

Kek pisang memang popular kat Malaysia. Selalunya kita guna yang agak berair untuk buat kek. Tapi kat UK ni hanya ada satu jenis pisang saja, pisang macam pisang montel. Oleh kerana dah tak ada yang lain, boleh la jugak guna. Resepi kek pisang ni lebih kurang jer dengan resepi kek butter, cuma tambah pisang 3-4 biji. Sedap di makan yang baru masak....baunya pun harum.

Resepi Kek Pisang
Bahan: 200g butter, 150g gula castor, 200g tepung, 3-4 biji pisang yang telah dilenyek, 3 biji telur, secubit garam, 2 sudu teh baking soda.
Cara: pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur, pukul sebati. Masukkan pisang, garam, tepung dan baking soda. Gaul sebati. Bakar selama 50 minit pada suhu 170 darjah celcius.


Ayam percik memang kegemaran keluarga, tapi tak bulih buat selalu, kolesterol tinggi sebab guna santan pekat. Fizzi memang suka sangat percik ni, ayam kuah kuning katanya. Kalau letak daun kunyit lagi best, tapi mana nak dapat kat Scotland ni....guna apa yang ada ajer la...

Resepi Ayam Percik (versi Scotland)
Bahan: Seekor ayam, gaul kunyit bakar pada suhu 200 darjah celcius.
Bahan Percik: Santan 1 tin santan, 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia - kisar halus; 1 sudu teh serbuk lengkuas, 1/2 sudu teh kunyit, 1 sudu teh serbuk cili, 3 keping asam keping, beberapa helai daun limau purut, 2-3 batang serai, garam, gula.

Cara
Masukkan semua bahan kedalam kuali. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat (jangan sampai pecah minyak). Tuang keatas ayang yang sudah di bakar.

2 comments:

didie said...

salam, k khamsah, baking soda tu baking powder ke, soda bicarbonat?

time kaseh...

Khamsah said...

Sorry, typo error....baking powder sebenarnya