Monday, April 12, 2010

Puding Telur (Cream Caramel)




Puding telur atau Cream Caramel adalah very classic puding dan menjadi kegemaran ramai. Sangat tak susah membuatnya..

Resepi

1. Gula Hangus
-1/2 cawan gula
-2-3 sudu air

2. 4-5 biji telur
3. 1 tin susu cair
4. 2 sudu besar gula
5. 1 sudu kecil tepung jagung
6. sedikit esen vanila

Cara

1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan gula bertukar warna perang atau perang gelap.
2. Tuang gula hangus ke dalam acuan. Biarkan sejuk.
3. Masukkan telur, susu cair, gula, tepung jagung dan esen vanila ke dalam mangkuk besar.
4. Pukul hingga sebati dan sedikit kembang.
5. Tuang ke dalam acuan yang berisi gula hangus tadi.
6. Kukus selama 20-30 minit.
7. Angkat dan biarkan sejuk.
8. Terbalikkan ke pinggan yang lebih besar dari acuan (kalau boleh bekas yang dalam sedikit kerana gula hangus cair semasa dikukus)
8. Boleh di hidang terus atau simpan dalam peti sejuk jika sukakan puding yang sejuk.



No comments: