Wednesday, December 9, 2009

Ice Cream Cake for Birthday Fizzy

Fizzy designed his own cake, Mint Chocolate Ice Cream Cake with Oreo

Blueberry Cheesecake


Perfect for desert

Recipe

Ingredients

For the blueberry filling:

  • 100-200g blueberries
  • Juice of ½ a lemon
  • 4tsp icing sugar

For the cheesecake

  • 200g shortbread or digestive biscuits
  • 40g butter, melted
  • 405g can Carnation Condensed Milk Light
  • 2 x 250g tubs Mascarpone cheese
  • juice of 2 large lemons
  • 4 passion fruit
  1. Tumble the blueberries into a small pan with the juice of half a lemon and the icing sugar, bring to the boil rapidly and then allow to cool, before chilling while you make the base and filling.
  2. Grease a 20cm (8") spring-form or loose-base tin.
  3. Crush the biscuits and mix together with the melted butter then lightly press into the tin. Chill.
  4. Meanwhile beat together the condensed milk and Mascarpone cheese until completely smooth. Add the juice of 2 lemons and combine thoroughly, this should thicken the mixture.
  5. Spread slightly more than half the cream mixture onto the biscuit base, spreading out to seal with the edges of the cake tin. Using a spoon make a large, shallow well in the centre. Spoon the cooled blueberry mixture into the well and top with the remaining cream mixture. Spread out evenly to encase the blueberries. Chill for 4 hours.

Tips

If you love a really zesty lemon flavour simply zest the 2 lemons needed for the filling and add with the lemon juice into the Mascarpone.

Tuesday, October 13, 2009

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya: Kue Raya

Almond London Dundee

Tahun ini merupakan tahun kedua beraya di Scotland. Walaupun beraya di perantauan tak kan sama dengan kemeriahan beraya di Malaysia, seboleh mungkin cuba get together untuk memeriahkan hari raya.

Kueh Dahlia dan Choc Chip

Perkara yang paling utama kalau raya adalah kueh raya. Walaupun berada di Scotland, Tart Nenas, Kurma Cornflake, Almond London dan Dahlia tidak di lupakan.

Kueh Raya Bob

Friday, August 28, 2009

Kek Pisang vs Ayam Percik

Kek pisang memang popular kat Malaysia. Selalunya kita guna yang agak berair untuk buat kek. Tapi kat UK ni hanya ada satu jenis pisang saja, pisang macam pisang montel. Oleh kerana dah tak ada yang lain, boleh la jugak guna. Resepi kek pisang ni lebih kurang jer dengan resepi kek butter, cuma tambah pisang 3-4 biji. Sedap di makan yang baru masak....baunya pun harum.

Resepi Kek Pisang
Bahan: 200g butter, 150g gula castor, 200g tepung, 3-4 biji pisang yang telah dilenyek, 3 biji telur, secubit garam, 2 sudu teh baking soda.
Cara: pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur, pukul sebati. Masukkan pisang, garam, tepung dan baking soda. Gaul sebati. Bakar selama 50 minit pada suhu 170 darjah celcius.


Ayam percik memang kegemaran keluarga, tapi tak bulih buat selalu, kolesterol tinggi sebab guna santan pekat. Fizzi memang suka sangat percik ni, ayam kuah kuning katanya. Kalau letak daun kunyit lagi best, tapi mana nak dapat kat Scotland ni....guna apa yang ada ajer la...

Resepi Ayam Percik (versi Scotland)
Bahan: Seekor ayam, gaul kunyit bakar pada suhu 200 darjah celcius.
Bahan Percik: Santan 1 tin santan, 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia - kisar halus; 1 sudu teh serbuk lengkuas, 1/2 sudu teh kunyit, 1 sudu teh serbuk cili, 3 keping asam keping, beberapa helai daun limau purut, 2-3 batang serai, garam, gula.

Cara
Masukkan semua bahan kedalam kuali. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat (jangan sampai pecah minyak). Tuang keatas ayang yang sudah di bakar.

Saturday, August 1, 2009

Kerabu Taugeh Dundee (Bean Sprout Salad)

Kerabu Taugeh

Beberapa minggu yang lalu Aeni mengajak ke rumah untuk meraikan birthday anak-anaknya. Oleh kerana masa tu agak sibuk, nak masak yang renyah-renyah tak sempat. Oleh kerana dia masak nasi pilau, buat kerabu ok gak.

Buat kerabu musim summer ni memang seronok sebab banyak bahan/sayuran yang boleh di tokok tambah. Sayuran pun murah time ni. So, kali ni buat kerabu taugeh bersama udang dan santan. Untuk dessert, yang cepat dan sedap adalah pavlova roulade. Selalu kalau buat pavlova ni letak satu jenis fruit saja, tapi kali ni letak tiga jenis, kiwi, peach dan strawberry.

Pavlova Roulade

Resepi Kerabu Taugeh
Sayuran: taugeh, celeri, capsicum, cili padi, kucai, raddish root (tak tahu boleh dapat tak kat Malaysia), ceri tomato
Bawang besar- hiris
garam, gula, sos ikan- secukup rasa
sedikit santan pekat
Cara: gaul semua bahan dan bolehlah dihidangkan.






Tuesday, July 14, 2009

Tiramisu Cake...mee goreng, cekodok pisang

Kek tiramisu ni by far the tastiest cake I ever made so far. Resepinya jumpa kat internet, modified sikit sebab resepi asalnya guna alkohol. Bila bawak pergi lab, dia orang yang biasa makan tiramisu beralkohol pun kata tak berbeza dengan yang campur liquer, malahan lebih tastier. Membuatnya pun tak susah mana. Bahan utama adalah sponge cake, mascapone cheese, strong coffee (atau nescaffe pekat pun ok) dan double cream. Full resepi is here









Kadang-kadang tak ada masa nak masak yang hebat-hebat, cucuq pisang pun sodap. Selalunya bila pisang tak habis, kalau malas jadi cekodok pisang, kalau rajin jadi kek pisang. Tapi biasanya cekodok pisang laju je habis, tak habis goreng lagi pun dah licin.

Mee kuning (kat sini panggil egg noodles) senang dapat especially kat Tesco. tapi mee nya lembut sikit sebab dah di rebus siap-siap. Jadi bila menggorengnya kena la cepat-cepat, stail stir fry. kalu tak akan lembik dan hancur. Mee boleh katakan hidangan tetap, every week mesti goreng mee.


Resepi mee goreng

Bahan: sebungkus mee kuning (400g), telur sebiji, serbuk lada/cili kisar sesudu kecil, tauge, bawang merah, bawang putih (hiris/ketuk), tomato sos, cili sos, kicap dan udang/ayam.

Cara: Panaskan kuali. Tumis bawang. Masukkan ayam/udang, serbuk lada/cili kisar, sos dan kicap. kacau rata. Masukkan mee dan tauge. Perisakan dengan garam. Gaul sehingga semua sebati. pecahkan telur, besarkan api. Kacau seminit dan angkat.

Wednesday, June 10, 2009

When Mom Busy....




ni la yang paling mudah kalau ibu busy.... Pizza, fried chickens, chips and burgers

Bob kena bakar sendiri ayam...

Mixed Veggie Stir Fry with Button Mushroom

Sunday, June 7, 2009

Chocolate Profiterole


Bob suka dapat makan profiterole

Thursday, May 21, 2009

Soft Cotton Cheese Cake

Namanya pun soft cotton, cheese cake ni less rich berbanding dengan densely creamy cheesecake. The texture is so soft and spongy. Tapi yang ini jenis yang makan tak puas, kena ulang-ulang selagi tak habis...additive gitu..resepi dapat kat internet, senang aje buatnya, cuba sekali dah jadi...Last couple of weeks is very stressful, so a slice of cotton cheesecake after work definitely helpful.

Resepi

Bahan
A- 250 g cream cheese
100 ml fresh milk
100 g butter
B- 100 g plain flour, sifted
20 g corn flour, sifted
60 g caster sugar
6 egg yolks
1 orange, zest and juice
C- 6 egg whites
1/2 tsp cream of tartar
60 g caster sugar
Cara
1) Masukkan semua bahan A dalam mangkuk besar, panaskan secara double boiler sehingga cheese dan butter cair. Kacau.
2) Alih daripada boiler dan biarkan sejuk
3) Bila A sejuk, masukkan bahan B. Kalau hingga sebati. Ketepikan
4) Pukul C sehingga pekat dan berkilat (masukkan gula sikit demi sedikit).
5) Kaup balik (fold) C kedalam campuran A dan B hingga sebati.
6) Bakar secara bourne marie dalam spring form tin selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.




Saturday, May 16, 2009

Kek Kawin


Tak pernah terlintas akan buat kek untuk orang kawin. Kek kawin mestilah istimewa dan cantik. Baru-baru ni Komuniti Melayu Dundee buat majlis kesyukuran sempena perkahwinan Hajar(dari Brunei) dengan Hassan (Malaysian), jadi me-volunteer-kan diri buat kek. Sebenarnya plan nak buat white kek and american frosting, tapi last minit tukar plan. Akhirnya jadilah soft cotton cheese cake sandwich with sponge cake, cover with marzipan dan royal icing, dihias dengan cream icing...jadi jugakla tema putih......


Last slice......





Wednesday, May 6, 2009

Kek Pisang and Chocolate Glazing



Oleh kerana tukang makan pisang balik Mesia, so pisang yang ditinggalkan masuk dalam oven la nampaknya.
Resepi
Bahan
2 1/4 cawan tepung
2 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
secubit garam
1/4 serbuk koko
3 telur saiz besar (or 4 telur kecil)
1 1/4 cawan gula
3/4 cawan butter, cairkan
1 tbsp vanilla esen
3/4 cawan sour cream
4 biji pisang ranum
1/2 cawan coklat masakan, cairkan, biarkan agak sejuk
Chocolat glazing
1 cawan heavy cream/double cream
1 1/2 cawan coklat masakan
Cara
1. Mix all dry ingredients
2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula, melted butter, vanilla sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati
3. Perlahankan mixer(slow speed), masukkan dry ingredients sedikit demi sedikit, selang seli dengan sour cream
4. masukkan chocolate yang telah dicairkan dan pisang yang telah dilenyek.
5. Bakar 55-60 darjah celcius selama 50-60 minit.
6. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum di sapukan glazing
Glazing
1. Panaskan heavy cream hingga hampir menggelegak
2. pour over chocolate. Stir until choc melt
3. Cover the top and side of the cake. Cool in fridge to set the glaze.




Tuesday, April 7, 2009

Thursday, April 2, 2009

Happy 10th Aniversary Ika and Tarmidi


Last weekend ada tempahan kek untuk Ika n Tarmidi, ulangtahun perkahwinan yang ke 10. Congratulation and semoga diberkati Allah senantiasa

Bapak In-Charge

Lately keje lab menimbun-nimbun...jadi keje masak-memasak dah berpindah ke Mr Amirrudin. Seperti yang di jangka, menu tetapnya adalah ayam panggang cicah air asam. bagi mengurangkan kadar aduan, menu ayam panggangnya telah di 'tambahbaik' dengan italian stail salad..memang nampak menarik....tapi rasa sama jer.....

before

after

kadang-kadang kreatif juga En. Amir ni, masak ikan haddock stim, siap dengan sayuran lagi. tu la selama ni selalu duk makan bini masak, sesekali kena masak, bulih pun....


haddock stim

Resepi air asam: seketul belacan sebesar ibu jari orang dewasa, garam sikit, cili padi ikut suka, sebiji limau nipis, bawang hiris. Campur kesemuanya dan ramas. Siap

Thursday, March 19, 2009

Sambal Tumis Petai di Dundee!!


Sebagai rakyat Malaysia, tiada yang lebih sedap daripada sambal tumis petai...kena pulak dengan nasi panas....huuuu..kecur.....

Thursday, March 5, 2009

Birthday Cake Luqman and Izzat


Strawberry Cream Almond Cake

I'm personally proud of this cake because it's actually not what I plan in the beginning. Mula-mula nak buat almond layer cake and ice with vanilla cream...Tapi oleh kerana tersangat letih setelah 2-3 minggu berhempas pulas kat lab, tertidur la pulak masa tengah bakar kek..dah hangit skit kek...rasanya sedap, tapi agak keras.....keesokkannya baru dapat idea untuk buat strawberry cream and ice with vanilla cream...tak sangka jadi cantik pulak...cam kat kedai kek..

Totally Chocolate

With great chocolaty in mind, this cake is all about chocolate. Chocolate sponge ice with chocolate ganache and covered with white and dark chocolate shave..dan cherry dip in chocolate at the corner.....rich....

Butter cake

But for me, nothing better than plain butter cake and a cup of tea after a long hard day at work....

Jantung, Popia and Udang

Jantung

Sejak duduk Scotland ni, ni lah first time jumpa jantung..tu pun ihsan tuan kedai...dah bosan jugak makan ayam jer atau daging..ikan pun susah jumpa..kalau ada pun salmon, haddock, sesekali bolehlah siakap.... bila dah dapat jantung ni apa lagi..masak kicap la yang paling sedap sekali...

Popia Goreng (Spring Roll)

My popia somehow different sikit. I like it small (bite size), not too much filling supaya ianya lebih rangup dan tahan. Kat sini agak mudah nak buat popia sebab boleh dapat kulitnya dari kedai Pak Matt Dundee. Selalu kalau buat, simpan dalam peti, so bila teringin, tinggal goreng jer....

Udang Masak Asam

ni udang experiment Amirrudin....dia jumpa resepi dalam majalah saji...not bad, tapi dia sendiri tak makan....takut langgar undang-undang persatuan gout semalaya..........

Tuesday, February 10, 2009

Donuts


How do like your donuts will be....chocolate, susu pekat manis or with sambal tumis ikan bilis.....donut coklat kegemaran anak-anak, donut makan dengan susu pekat manis kegemaran bapak and donut with sambal kegemaran ibu (dan Fizzy).
Resepi Donut
Bahan
1 tbsp dried yeast
4 tbsp caster sugar
150 ml milk- warm
250g plain flour
1/4 tsp salt
50g butter- melted
1 egg
Method
1. Mix yeast with 1/2 tbsp sugar and 2 tbsp warm milk, biarkan 15 min (yeast mixture akan berbuih)
2. Sift flour, salt in large bowl. Masukkan 1 tbsp gula
3. Buatkan lubang ditengah campuran tepung, tuang yeast mixture, milk, melted butter dan telur.
4. Adun sehingga sebati dan uli. Tutup mangkuk dan biarkan adunan selama 45 min (atau saiznya naik dua kali ganda)
5. Di atas permukaan yang di tabur tepung, uli adunan selama 5-6 min, bahagikan kepada bentuk yang disukai (ball, ring etc).
6. Biarkan selama 30 min or double the size.
7. Goreng menggunakan minyak yang banyak (api jangan terlalu besar)
8. eats as you prefer...

Sunday, February 1, 2009

Aidil's Birthday Cake

We had a little treat for Aidil's 11th birthday. As usual he wants a chocolate cake and I make my usual chocolate cake (chocolate layer cake) and frosted with double cream and finished it with chocolate button and chunks. Bob helped with the button with half of the buttons goes into his mouth.....what a typical Bob....

Clementine Cake

Clementine Cake...refereshing

Kat Scotland ni selain daripada apples and pears, oranges pun banyak jenis (kebanyakannya imported). One in particular called clementine agak sedap dan manis. Limau ni jenis yang senang kupas kulitnya...kat Malaysia pun ada kut tapi different variasi. Tapi bila dah selalu beli, budak-budak ni bosan la pulak, selalu tak habis makan. Satu hari terbaca resepi kek clementine, so try buat..not bad at all....



Mee Udang Dundee

Dah lebih setahun kat sini, kadang-kadang rindu jugak jalan-jalan cari makan kat mesia. Macam-macam boleh makan, mee udang, mee rebus, tomyam, hailam, ratna etc. Gerai makan almost none kat sini..kalau nak makan ala gerai, kena la buat sendiri. Kali ni teringin makan mee udang, walaupun udang berkulit ni agak mahal, tapi sekali sekala boleh la....


Rojak (makan dengan kuah kacang)

Kadang-kadang kalau ada keraian (birthdays, usrah, etc) rojak jadi pilihan (ada orang panggil rojak melaka, orang terengganu panggil rojak ayam) sebabnya senang nak dapat bahan untuk membuatnya. Selalunya it consists of cucur udang, kentang rebus, telur rebus, timun, salad, kadang-kadang ayam panggang dan kuah kacang. Kacang tanah memang senang dapat kat sini.