Wednesday, June 18, 2008

Lindseys' Birthday Cakes

It's an unwritten rule in the lab that if somebody birthday is coming, somebody has to bake a cake. Oleh kerana tak pernah lagi masak apa-apa untuk dia orang, so agree to bake cake for Lindsey. Ingatkan nak buat chocolate cake, tapi rasa macam terlalu ordinary. So, nak try yang lebih adventure skit, Cheese chocolate cake. Kalau yang melibatkan chocolate, kena ada lagi satu, Fred tak makan pulak chocolate, so buat almond sponge cake. To make the cakes looks more striking, terfikir untuk letak jelly on top with cherries. Surprisingly, it turnout to be a beutiful and tasty cake I ever make.

Dundee Chocolate Cheese Cake

for base
200g biskut digestive (10-15 keping)
85g butter/margerin (2 sudu besar)-cairkan

hancurkan (bukan kisar) biskut dan gaulkan bersama margerin. Masukkan kedalam loyang pembakar dan tekan dengan sudu hingga padat. Masukkan dalam petiais selama lebih kurang sejam

for filling

600g cream cheese (dua buku)
175 gula castor (2/3 cawan)
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
115g coklat masakan (1 bar)

1. Pukul cream cheese hingga kembang (guna mixer)
2. Masukkan gula, pukul sebati
3. masukkan tepung (yang dah diayak) dan vanila, pukul sebati
4. masukkan telur satu persatu
5. Sementara itu, cairkan chocolate.
6. tuang coklat kedalam adunan
7. Bakar pada suhu 170 darjah celcius, 45-1 jam secara bourne marie (letakkan loyang pembakar di atas dulang yang diisi sedikit air.

Jelly topping
2 sudu besar serbuk agar-agar
400-500 ml air
3 sudu gula
sedikit pewarna merah
ceri merah
sos cranberries

1. masak agar-agar hingga larut, masukkan gula dan pewarna
2. sapukan sos cranberries diatas cake yang dah sejuk
3. susun ceri
4. tuang agar-agar
5. sejukkan pada suhu bilik
6. sejukkan dalam petiais sebelum dihidang.

Almond Sponge Cake

250g butter/margerin
150g gula castor
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
200g tepung naik sendiri (ayak)
100g badam kisar

1. pukul gula dan butter hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan esen vanila, tepung dan badam kisar. Gaul sebati
4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius, 30-35 minit.
5. hias dengan cream dan fresh rasberry (kat dundee ni banyakla, kat malaysia susah dapat)










No comments: