Ini resepi cuba sendiri-sendiri. Tak ada kena-mengena dengan mana-mana kedai tomyam
Bahan
1/4 ekor ayam- potong kecil dan gaul garam kunyit
1 cm halia-tumbuk kasar
1 sudu kecil cili boh
2 ulas bwg merah, 3 ulas bwg putih- diketuk atau ditumbuk kasar
1 labu bwg besar-potong bulat
2 batang serai- ketuk
2-3 helai daun limau purut
3-4 biji cili padi-ketuk
bahan sos-1 sudu sos cili, 1/2 sudu kicap, 1 sudu sos tiram
2 sudu makan minyak masak
cara
1. Panaskan minyak
2. Masukkan ayam, goreng separuh masak, angkat
3. Guna minyak yang sama, tumis bawang, cili boh dan halia
4. masukkan ayam dan sedikit air(2-3 sudu). Kacau
5. Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi. Biar seketika sehingga ayam benar-benar masak
6. Masukkan campuran sos, sedikit gula dan biarkan pekat.
7. Masukkan bwg besar, biar seketika dan angkat.
-tak perlu masuk garam
Monday, November 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment