Bahan-bahan
350g tepung gandum
250g mentega
160g gula perang
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
250 g kurma (buang biji)
150 mL air
Cara
1. Kisar kurma dengan air hingga hancur (tambah air jika terlalu likat)-ketepikan
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang-ketepikan
3. Pukul susu pekat manis dengan mentega hingga gebu.
4. Satukan dengan adunan susu dengan adunan telur. campur sebati.
5. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan esen vanila. Pukul sebati.
6. Masukkan kurma, kacau sebati.
7. Bakar 180 darjah celcius, 40 minit.
kek ni agak lembab sedikit tapi tak boleh disimpan lama. Sedap makan yang baru dibakar.
Wednesday, November 7, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment